Sunday, 11 December 2011

Penulisan Bahagian C

Panduan Menjawab Bahagian C

· Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti

· Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni,

· amalan baik, faedah atau pengajaran.

· Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat yang

· terdapat dalam petikan.

· Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.

· Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda

· baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Penulisan Bahagian B

BERITA

· Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

· Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?

· Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan.

· Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

· Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

· Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

· Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.

Apa ?

Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.

Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

Bila ?

Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.

Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.

Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

Di mana ?

Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.

Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

Siapa ?

Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.

Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.

Adakalanya umur juga perlu ditulis .

Mengapa ?

mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku

sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

Bagaimana?

menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.

Soalan Perbincangan Minggu ini

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda, telah menganjurkan Program Klinik UPSR untuk murid-murid tahun lima. Anda diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda.

Tulis berita tersebut selengkapnya.

Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Anda mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting anda dapat memahaminya.


Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan berita anda. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh berita di bawah ini.

Klinik UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra

SEPANG, Ahad – Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Klinik UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut Tuan Haji Mohd Nasir bin Miskam, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental .

Program ini diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Jun 2011. Para peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima. Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid-murid menghadapai UPSR 2012.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Azman bin Hashim salah seorang peserta program.

“ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2012,” kata Encik Nor Ikhsan, bapa salah seorang peserta yang ditemui pada hari penutup program.

Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Sargini bin Hasan. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

Langkah 4

· Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.

· Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan minggu ini.

1 Tiga orang murid sekolah anda telah menerima surat kepujian daripada pihak polis kerana

keberanian dan kejujuran mereka. Anda dikehendaki menulis berita mengenainya untuk

dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda. Tuliskan berita itu selengkapnya.

2 Satu kejadian banjir kilat telah berlaku di sekolah anda Anda diminta menulis berita mengenai

kejadian tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.

3. Tulis sebuah berita mengenai murid yang telah menerima anugerah tokoh kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak yang diadakan di sekolah kamu. Tulis berita tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

menganggar : mengirakan sesuatu secara kasar sahaja memperhitungkan belanja atau biaya secara kasar

memperniagakan : menjual dan membeli sesuatu untuk

mencari keuntungan, memperdagangkan sesuatu barang

pampasan : wang atau barang dan lain-lain yang dibayar sebagai

ganti rugi, perihal membeyar ganti rugi ke atas sesuatu barang

danding : imbang, tara, tid ada yang menyamainya, tiada taranya

mencerap : memerhatikan, mengendahkan, mnaruh minat, menerima sesuatu

dalam hati dengan panca indera, menanggap sesuatu yang diterima dengan pancaindera

dokumentari : tayangan filem, television atau acara radio yang memaparkan atau menmceritakian maklumat atau fakta sebenar tentang sesuatu perkara atau subjek

ekoran : akibat atau perkembangan seterusnya yang timbul daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan darip-ada sesutu yang telah brelaku

permatang : jalan kecil(jaluran tanah) yang tinggi sedikit daripada
kawasan di sekitarnya, tambak atau batas kecil
di sawah yang digunakan sebagai tempat berjalan; ban,
bahagian yang tertinggi pada lereng gunung atau
bukit(Biasanya memanjang dari puncak hingga
ke kaki bukit); bahagian tempat dua lereng(gunung,bukit)
bertemu, laut – benteng yang panjang dan curam
permukaannya yang dibina oleh ombak yang kuat
pada tikas air pasang di sepanjang pinggir pantai.

deligasi : orang atau kumpulan orang yang dipilih untuk

mewakili sesebuah pertubuhan atau negara

kerana sesuatu persidangan, perundingan,

perwakilan, perutusan

gimik : sesuatu tindakan, objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting , yang digunakan untuk menarik perhatian umum lazimnya dalam bidang ekonomi dan politik
Contoh karangan soalan 3

SEPANG, 21 Oktober – Murid Tahun 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah terpilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak dalam Majlis Sambutan Hari Kanank-Kanak yang diadakan di sekolah ini.

Tokoh Kanak-Kanak tersebut ialah Mohd Seffhuri bin Arif, 12. Mohd Seffhuri dari Kelas 6 Bestari, merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Dia merupakan ketua murid sekolah ini. Dengan bakat kepimpinan yang dimiliki, dia telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai ketua murid dengan cemerlang.

Kecemerlangannya dalam bidang pelajaran tidak dapat ditandinggi oleh rakan-rakannya yang lain. Dia sentiasa mendapat keputusan yang terbaik sejak tahun satu.

Antara kejayaannya dalam bidang sukan ialah memungut 2 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah–Sekolah Daerah dalam acara Lari pecut 100 meter dan dan 200 meter. Selain itu dia juga aktif dalam pelbagai aktiviti kelab dan persatuan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan

rakan-rakan yang telah banyak memberikan dorongan kepada saya ” kata Mohamad Seffhuri ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Dalam majlis itu, dia telah menerima trofi, selendang tokoh kanak-kanak serta sijil penghargaan daripada Tuan Guru Besar.

Karangan : Cerita

CERITA
Pengenalan

Karangan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

· Karangan jenis cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.

· Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

· Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perbualan, dan pembacaan.

· Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).

· Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.

· Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.

· Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.

Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.

Tajuk Perbincangan

Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘ Menabung’

Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran mengenai satu cerita yang berhubung dengan kebaikan, kelebihan orang yang suka menabung.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

 Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Contoh Karangan

Menabung

Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi, loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Murid-murid keluar dari kelas masing-masing dan berpusu-pusu menuju ke kantin. Mereka beratur untuk membeli pelbagai juadah yang dijual di kantin.

“Kamu tidak ke kantin, Jazlan?” tanya Norita rakan sekelasnya.

“Tidak, aku ada membawa bekalan,” jawab Jazlan sambil membuka bekalan. Memang telah menjadi kelaziman bagi Jazlan membawa bekalan dari rumah. Wang saku yang diberikan oleh ibunya disimpan di dalam tabung. Amalan menabung ini telah dilakukan oleh Jazlan sejak dia di tahun satu lagi.

“Maklumlah, orang hendak cepat kaya. Berbelanja di kantin pun dia tidak mahu. Tidak lama lagi ada seorang rakan kita yang akan bergelar jutawan,” Norita menyindirnya dan disambut dengan hilaian ketawa rakan-rakannya yang lain.

Jazlan tidak berasa hati sedikit pun dengan ejekan dan sindiran rakan-rakannya. Baginya, menabung merupakan tabiat mulia yang perlu diamalkan. Setiap orang perlu berjimat cermat untuk masa depannya. Lebih-lebih lagi wang belanja yang diperoleh adalah hasil jerih ibunnya mengambil upah menjahit.

“Mungkin rakan-rakanku itu keluarganya orang berada. Mereka tidak pernah hidup susah ataupun mengalami masalah kewangan. Segala kemahuan akan dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Lainlah aku, keluargaku bukannya daripada kalangan orang yang berada, ayah telah meninggal sejak aku dilahirkan” Jazlan berbisik sendirian memujuk hatinya.

Pada penghujung tahun, Jazlan telah terpilih sebagai pemenang pertama satu pertandingan penyimpan wang terbanyak dan terkerap. Jazlan telah menerima beberapa hidah istimewa berupa wang dan peralatan sekolah daripada pihak bank yang menaja pertandingan tersebut.

Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Terselamat’

Tulis sebuah karangan tentang ‘Malang Tak Berbau’

3. Tulis sebuah karangan bertajuk ’Akibat Degil’

Terselamat

Hujan turun renyai-renyai. Aku dan rakan-rakan meminta izin daripada Cikgu Rashidah.

“Baiklah, anak-anak. Berhati-hatilah. Jangan bermain-main di tepi sungai,” Cikgu Rashidah berpesan.“Terima kasih, cikgu. Kami pulang dulu.

Air sungai itu melimpah ke tebingnya. Jalan di tepi sungai licin-licau. Aku, Eton, dan Chot berjalan dengan hati-hati. Eton di hadapan, aku di tengah, dan Chot di belakang.

Tiba-tiba Eton tergelincir lalu tersungkur. Begnya tercampak ke tebing sungai. Chot menerpa ke arah beg itu. Malangnya dia tersepak seketul batu lalu terjatuh ke dalam sungai.

“Tolong aku, Eton! Tolong aku, Siti!” Chot menjerit meminta tolong.

Aku tergamam. Tetapi, aku sempat menarik tangan Chot. Namun demikian, Aku tidak berdaya untuk menarik rakannya itu ke atas tebing. Tangan Chot terlepas daripada peganganku. Chot hanyut dibawa arus sungai itu. Chot kelihatan terkapai-kapai, badannya tenggelam timbul dalam air sungai itu.

Aku dan Eton menjerit-jerit meminta tolong. Beberapa orang pemuda yang kebetulan lalu di situ berlari-lari ke arah kami. Aku memberitahu mereka akan hal itu. Beberapa orang pemuda kampung terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Chot yang sudah tidak kelihatan lagi.

Hampir setengah jam mereka mencari Chot di sepanjang sungai itu. Akhirnya mereka menemukan Chot yang tersangkut pada sebatang kayu. Chot tidak bermaya lagi, Aku yakin Cot masih hidup. Kami memberikan bantuan pernafasan sambil menekan perutnya untuk mengeluarkan air. Beberapa minit kemudian Chot mulai sedar.

“Chot terselamat!” Aku menjerit sekuat hatiku. Hatiku lega.

Cikgu Rashidah yang turut berada di situ terus membawa Chot ke hospital. Aku dan Eton tidak putus-putus menyebut kalimah syahadah kepada Chot. Peristiwa ini benar-benar menimbulkan keinsafan kepadaku agar menjadi insan cemerlang sebelum dijemput kembali oleh Allah.

Monday, 3 October 2011

Jom belajar bahasa.....

Bahasa Bunda
Tersusun indah menjadi madah,
Jauh mengimbau menjangkau pulau,
Ayun beralun lembut membuai,
Jauh meresap mendakap damai.

Ada ketika marak menyala,
Memercik api semangat bangsa,
Meletus gemuruh menyadap segala,
Menjadi alat perjuangan merdeka.

Seribu langkah membawa lagu,
Mainan gadis diusik rindu,
Senjata teruna menawan cinta,
Pusaka rakyat pendukung budaya.

Seribu bahasa kita bicara,
Manakan sama bahasa bunda.

Usman Awang, 1954